JENIS-JENIS PENGGUGURAN / CUCI RAHIM DI MALAYSIA
Inilah penting untuk memahami jenis-jenis pengguguran atau cuci rahim yang terdapat di Malaysia sebelum anda membuat sebarang keputusan.
Keguguran Semulajadi (Spontan)
Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:
- Kromosom yang tidak normal
- Faktor alam sekitar
- Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan
Keguguran Perubatan (pembedahan)
Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:
- Bagi menyelamatkan nyawa ibu
- Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
- Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk
Keguguran secara paksaan
Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:
- Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi (rancang keluarga)
- Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
- Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan
- Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif
CARA-CARA PENGGUGURAN / CUCI RAHIM DI MALAYSIA
Pengguguran Perubatan (Medikal)
- Juga dikenali sebagai pengguguran kimia
- Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan misoprostol, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan (bawah 12 minggu)
Pengguguran pembedahan (Surgikal)
- Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik – menggunakan mesin elektronik) – bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu
- Dilatasi dan pengkuretan (D&C) – bagi usia kandungan 13-18minggu
- Mengeluarkan keseluruhan bayi – bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu
Komplikasi (KESAN SAMPINGAN MEMUDARATKAN) pengguguran secara paksaan
- Pangkal rahim bengkak
- Luka rahim
- Pendarahan teruk
- Jangkitan kuman
- Kemandulan
- Kematian – disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal